>
Status
Happiness isnt about getting what you want all the time, it's about what you have and being gateful.
Follow Dashboard
Don't trust too much. Don't love too much. Don't hope too much, because that too much can hurt you so much.♥
problems are just problems, dont let them ruined your life ♥
ASPER XIII, Universiti Putra Malaysia.
Isnin, 9 Oktober 2017 | 7:22 PTG | 0 comments
Assalamualaikum.

1 oct is such a great day sebab tiba-tiba aku terdetik hati nak update entry blog. it such a miracle. sumpah rindu gila nak blogging. i miss my blog seriously. i have few reasons why dah lama tak buka blog, which is the first one is my laptop was not functioning. ni pun pinjam laptop roomate yang baik hati nak pinjamkan. then the second one is lack of time, sumpah busy gila namateyy sejak hidup dekat UPM . hahaha ada ja masa sebenarnya tapi aku selalu gunakan masa yang ada untuk tidur, tidur dan tidur. assignment tertangguh, niat nak study tertangguh. God helps me please , final dah dekat masyaallah tapi still malas, bila nak berubah ni Fatin Nadhirah ? final is about 23 days to go. May Allah ease everything. 

Disebabkan dah alang-alang buka blog, aku pun baca lah entry-entry lama dari zaman 2012, hahahaha sumpah rasa macam entry dulu kelakar then delete entry-entry yang tidak sepatutnya ditulis oleh seorang Nadhirah. it has been about 5 years ago.

okay hari ini nak cerita pasal life aku dekat Universiti Putra Malaysia (UPM) ni. Diingatkan bahawa entry ni bukan untuk tarik minat adik-adik dekat sekolah untuk pilih UPM sebagai pilihaan pertama dalam upu. haha tidak sama sekali , bukan cerita pasal kelebihan belajar di UPM atau apa. Entry ni ditulis saja-saja atau lebih tepat sebenarnya aku nak kongsi pengalaman dan kehidupan aku sepanjang 5 bulan sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER).

Kita nak start dari mana ? hahaha maaf , aku agak nervous sebenarnya even cuma menaip depan laptop, i feel like im talking to someone. pardon me. Dulu sebelum mohon UPU , aku buat a few research about my future studies. google punya google , fikir punya fikir, aku pun memilih Asasi Sains Pertanian sebagai pilihan pertama UPU, pilihan kedua aku kalau tak silap Asasi dekat UM kot (sebenarnya dah tahu tak layak , HAHAHAHA) then ketiga kalau tak silap UPNM. top three memang asasi belaka , sebabnya aku cuba nak pendekkan masa belajar sampai ke tahap degree. (akan sambung master kalau ada rezeki, insyallah) . masatu memang dah plan samaada nak masuk asasi, matrik ataupun tingkatan enam. Alhamdulillah dapat tawaran ke tingkatan enam dengan matrikulasi. tapi family aku suruh tunggu keputusan UPU dulu baru buat keputusan. Bila tiba pengumuman keputusan UPU, Alhamdulillah kalini aku dapat tawaran ASASI SAINS PERTANIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Nampaklah muka bahagia mak abah. Sebenarnya aku dah boleh predict yang aku akan sambung asper , betul pulak naluri hati masa tu. Aku yang risau sebenarnya hahaha. Bukan apa weh, UPM dengan Taiping jauh kot, naik bas 4 jam perjalanan. Tak ada schoolmate yag dapat tawaran sama, aku takut tak boleh handle. Tapi disebabkan harapan mak abah, aku settlekan urusan sebelum daftar dekat UPM. i have face many challenges before masuk sini. Tapi Alhamdulillah , sentiasa ada insan yang membantu. Terima kasih semua . Nak cerita detail pasal semua tu kang berjela-jela pula entry ni. nanti kalau ada kesempatan insyaallah ada entry lain (kot, actually im too lazy ).

1 June 2017 merupakan hari pendaftaran pelajar asasi. I was like besar gila UPM ni. Maklumlah, ni kali pertama aku jejak kaki dalam UPM ni tu yang macam terkejut. Yelah , selama ni aku nampak signboard UPM dekat highway ja. Kitorang bertolak dari selangor (kampung dekat sekinchan) awal pagi sebab takut jalam jem. 2 jam jugak dari Sekinchan nak ke UPM. Masa sampai kolej tu aku nervous juga sebab aku cuma ada sorang ja kawan ASPER yang aku kenal dekat twitter, tapi dia kolej lain. Serius aku memang tak ada kawan lain , tak kenal siapa-siapa weh. Eh lupa pula nak mention tadi, aku dapat Kolej Pendeta Za'ba. Kolej ni ada 4 blok ; Arif, Bestari, Cendekiawan dan Pintar. Satu bilik 2 orang. Alhamdulillah aku dapat roomate yang ngam dengan diri aku. (Ellyianur Puteri) Orang nogori, Tampin. Anak bongsu juga haha i mean anak kesayangan juga. Sedih juga masing-masing kena hidup jauh dari keluarga. well, this is my first time duduk hostel. On the orientation day tu memang kemana-mana dengan Put jelah cause im alone here. Kenal ja a few kawan baru tapi thats time susah gila nak ingat nama orang.

Then dapat tahu pengbahagian kuliah. Nama aku tersenarai dalam kuliah 13 (13ReasonsWhy). First impression aku was like serius ke aku akan belajar dengan mereka ni ? cause that time aku rasa macam semua hebat-hebat belaka tapi aku ni biasa ja weh datang dari sekolah harian ja. Then tak sangka pulak satu kuliah dengan Nurul Izzah Amni the ones yang tidur sebelah aku dalam dewan time orientasi. Allahu sumpah amni kuat tidur. Masa daftar tu bulan puasa, ada sorang kawan aku ni (Sofea Hani) tiba-tiba gastrik ajak pergi pku. Borak-borak rupanya kitorang satu blok, bilik dia aras atas aku ja. 

Life kat sini agak challenging, masa pack dan banyak yang kena belajar. Rasa lain dari sekolah. Kalau dekat sekolah dulu aku rasa banyak cikgu suap ja, sini semuanya kau kena usaha sendiri. Makan kena pandai cari sendiri, alhamdulillah lah kat sini makanan harga standard (tapi still aku try hard untuk berjimat ) , baju kau kena basuh sendiri hahaha (dengar cerita mesin basuh masuk next week, alhamdulillah) Dekat sini , kalau sakit senang sebab dekat dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), nasib baiklah kolej aku dekat dengan PKU. Kat sini petang-petang selalunya ramai yang beriadah dekat Bukit Ekspo. Bukit Ekspo ni dekat saja dengan kolej aku, so kalau tetiba macam rajin tu aku pergilah bukit ekspo, bagi makan ikan ke, joging ke , cuci mata ke (selalunya petang-petang ramai yang main rugby dekat sini) team rugby yang famous dekat sini salah satunya Serdang Angel. 

Apa yang bestnya dekat sini ? Kawan-kawan sumpah best weh. Kuliah 13 ASPER XIII memang bonding dia lain macam . Macam-macam ragam dalam kuliah , aku jumpa macam-macam perangai. Yang kuat tidur dalam kelas, kuat makan, asyik lapar tapi badan kecil, yang kuat buat story, kuat gelak, baik hati, pentingkan diri, semuanya adalah. Beza dengan bonding waktu sekolah dulu. (But i still miss my school) dalam kuliah ada 2 orang Taiping yeayyyy. So, ada geng balik kampung hahaha kadang redah balik sendiri alone. Mula-mula tu macam janggal juga balik seorang diri tapi lama-lama dah terbiasa. First amali kitorang kena membajak sawah hahaha best. As a conclusion, kuliahmates aku best namateyyy ! tak perlulah aku mention setiap apa yang kita lalui, yang pasti setiap saat aku dengan korang , agak bermakna dalam hidup aku. Sumpah aku sayang semua !

Kalau batch yang sebelum ni belajar 3 semester dalam masa setahun. Tapi generasi aku belajar 2 semester sahaja. kau bayangkanlah pembelajaran untuk 3 semester tu dipadatkan menjadi 2 semester . May Allah ease everything. So sebagai ringkasan , dalam satu semester tu kami belajar 18 minggu. Test 1 selama 2 minggu , Test 2 selama 2 minggu. Dengan SCL nak kena completekan. Cuti mid sem seminggu, Cuti study week seminggu then final 2 minggu, Masa test 1 dan test 2 tu , even malam kami semua exam , siang tu kuliah still berjalan macam biasa . Penat juga tapi alhamdulillah aku enjoy hidup dekat sini (bila ntah nak dapat kesedaran untuk struggle for final exam )

Antara subject yang aku belajar dekat sini ialah Agriculture, Chemistry, Physic, Math (math sini macam addmath masa SPM dulu) , Biology, English (MUET speaking next week masyaallah) Test 1 dan test 2 aku agak hancur haha dan sekarang road to final sudaaa . May Allah ease everything. Masa musim exam memang muka aku set-set rajin pergi library (maklumlah library dengan pusat asasi memang dekat) jalan kaki beberapa minit ja sampai. Dekat sini , kenderaan aku dari kolej ke pusat asasi memang bas, nak naik tu fuhhhhh kadang kena ber-rugby dulu sebab ramai gila student UPM. Berebut pun sebab sikap a few people yang jenis tak reti sabar dan sememangnya dah lambat nak ke kelas. Kalau ada promo uber, memang muka ni set-set uber lah. For your information, tiap minggu aku dapat promo uber , rezeki kot, Alhamdulillah. Selalunya dekat UPM ni kau akan jumpa UBER yang sama jelah. pusing-pusing pun orang yang sama , so no worries insyaallah. 

Dekat sini banyak dugaan macam dekat Taiping juga. Ada mall yang dekat-dekat allahu . (Alhamdulillah setakat ni aku mampu kawal nafsu keluar berjalan, mak mesti bangga hahaha ) KTM pun dekat , so kalau nak balik Taiping tu senang ja, cuma perlukan duit saja nak kemana and seriously student needs money. Kalau macam aku ni selalunnya suka buat keputusan mengejut untuk balik. Tapi after about 4 months here , baru aku sedar yang aku lebih banyak membazir duit pergi balik daripada segalanya. Tak kisahlah, yang penting dapat jumpa mak abah family semua. Selalunya bila homesick , aku akan cuba untuk balik. tapi sebelum balik tu mesti whatapps bestfriend tanya pendapat. jawapan dia sentiasa suruh balik thats why suka tanya pendapat dia then baru bagitahu mak abah yang aku balik . so tinggal lebih kurang 5 minggu ja nak habis semester 1. 2 minggu belajar, 1 minggu study week (tak balik kot study week, aku cakap kot), 2 minggu final exam. after 5 weeks, cutilah kau puas-puas Nadhirah. Tapi kalau tiba-tiba homesick sebelum final exam, aku balik kot emm. (doakan aku tak homesick)

perenggan bawah ni more specific about what happen on my birthday. skip

30 sept which is yesterday, like usually birthday aku. Kalini sambut dekat Serdang, jauh dari Taiping. Ingatkan hambar hahahahahah rupanya tak. 4 hours before 30 sept tu memang berjimba lah hahaha. Tirom ajak makan dekat Sri Serdang. cam biasalah makan koey tiau dekat padang (Medan selera sri serdang yang jarak dia tak sampai 10 minit pun dari kolej) Malam tu meroyan kenapa ntah masing-masing tak kenyang-kenyang makan double order. Then berjimba main Badminton dekat court KPZ. then tiba-tiba nak balik tu ada yang suruh turun. time tu tepat pukul 1200. Patah balik dari blog turun kuliahmate hadiahkan crispychocolaterices hahahahaha comel gila bagi chocolate dekat orang yang sakit gigi. balik bilik roomate tak habis-habis dok fikir nak buat suprise apa , Put, kau tau tak kau kiut ? Aku bersyukur dapat roomate yang prihatin macam kau . Malam tu aku lagha sampai pukul 3 pagi baru tidur. pukul 7 pagi mak call, wish birthday (patutnya aku yang call mak cakap terima kasih jaga aku 18 tahun ni) sumpah rindu mak wehhh. Yang whatapps dengan ig pulak penuh orang spam dengan ucapan birthday. Terima kasih semua , kalau nak mention sorang-sorang Allahu ramai, tapi aku screenshot setiap satu ucapan korang (gigih tak hahaha ) May Allah bless you guys with kindness. Sayang semua. Then pagi tu juga bukak whatapps ada kawan minta gantikan dia ke program pengurusan jenazah dekat kolej sebelah ( kolej ketiga belas ) yang exco kerohanian handle. Siap-siap terus pergi, cam kena pulak sembang pasal kematian waktu birthday sendiri. Beriya pakai baju kurung colour pink HAHAHA macam tak kena pulak pakaian hari tu. habis program pergi dewan putra 1 derma darah . Wahhh baru tahu aku sebenarnya darah B. Tengah hari tu macam biasalah rutin aku setiap kali hujung minggu, tidur dari tengah hari sampai ke petang. Tetiba petang tu put balik bawakan kek sr , alaaa put ni , aku rasa macm dah menyusahkan pulak. Thank you Putri <3 Pukul 11 malam syam datang bawakan lagi 3 jenis kek Allahu moga dimurahkan rezeki. Paling best bila dapat makan laksam. Wehh sumpah teringin then tetiba kakak ipar masak. nikmat dia masyaallah.

So , as a conclusion , aku rasa hidup aku dekat sini bahagia ja even banyak benda yang stress kat sini. Sebab Allah sentiasa bagi penyelesaian untuk setiap masalah dekat sini, Allah hadirkan insan-insan yang menceriakan hidup aku dekat sini. Terima kasih semua,

Actually aku dah edit entry ni a few time sebab aku rasa macam tak confident nak post. And hari ini (10 oktober 2017) insyallah aku post kot. Doakan pelajar ASPERXIII berjaya dalam final exam that is coming soon. Dah nak habis satu semester weh, tak sabar nak cuti sebenarnya.


| New things