>
Status
Happiness isnt about getting what you want all the time, it's about what you have and being gateful.
Follow Dashboard
Don't trust too much. Don't love too much. Don't hope too much, because that too much can hurt you so much.♥
problems are just problems, dont let them ruined your life ♥
Welcome to Asasi Sains Pertanian (ASPER) , Universiti Putra Malaysia.
Isnin, 21 Mei 2018 | 7:39 PG | 0 comments
Assalamualaikum everyone !

So harini keluar pengumuman UPU untuk pelajar lepasan SPM batch 2000. Bukak ja twitter, Instagram , isu yang tengah hangat sekarang pasal UPU jelah. Aku sebagai asperian batch ke 13 nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Tahniah dan Selamat Datang Ke Asasi Pertanian (ASPER) , Universiti Putra Malaysia untuk adik adik yang dapat tawaran asasi dekat UPM (wahh kemain guna isitilah adik-adik, padahal baru je habis asper awal bulan 5 haritu). So tadi bukak twitter nampak kawan-kawan asper yang lain asyik update pasal asper. nampak ramai yang dapat asper duk tertanya-tanya itu ini pasal asper then aku pun rasa macam nak tulis entry preparation sebelum memasuki Asper untuk memudahkan kawan-kawan kita iaitu batch 14 yang akan memasuki Asper 1 Jun 2018 ni.

1-Pembelajaran dekat Asper ni macam mana ?
Basically dekat asper pembelajaran ikut semester. untuk batch-batch yang sebelum ni ada 3 sem. Tapi start daripada batch aku iaitu batch 13 2017/2018, ianya ditukar jadi 2 sem sahaja. Asasi setahun tapi sebenarnya waktu belajar cuma 10 bulan (yang ni korang boleh refer kalender akademik, selalunya kalendar akademik ada masa pendaftaran atas talian).

Untuk subjek pulak , kita akan belajar 6 subject untuk kedua-dua sem. which is :
1.Mathematics
2.Physic
3.Chemistry
4.Biology
5.Agriculture
6.BBI (English)

Peluang untuk pilih course degree nanti terbuka luas. Apa apa course science (medic, engineering, science comp , etc)
Waktu pembelajaran adalah isnin hingga jumaat tapi bergantung pada ada kuliah ke tak hari tu (kalau bernasib baik, lecturer cancel class, alhamdulillah boleh jalan jalan ioi). Kita tak akan ada kelas sabtu ahad macam budak budak matrik. Kebiasaannya class dari pukul 8 sampai pukul 5 petang. Akan ada gap untuk korang makan dan solat so tayah stress takut kebulur ke apa ke. Kalau class habis awal, balik kolej awalla.

2. Yuran Asper macam mana ? Mahal tak ? Macam mana nak bayar ?
Untuk yuran pula kita akan bayar mengikut semester. Untuk semester pertama batch 13 (batch sebelum ni) yuran adalah sebanyak RM1571.50. Untuk semester kedua pula aku tak pasti , rasanya RM1050 kot. Sorry , untuk semester kedua aku tak ingat sebab aku dapat elaun so yuran tu tolak duit elaun. 

Kaedah pembayaran pulak ada 3, iaitu:

1. Melalui cawangan bank CIMB tempat kita. Pergi ja dekat kaunter tu cakap nak bayar yuran Asasi UPM.
-Nama akaun: UPM COLLECTION
-Nombor akaun: 8002155042
-Fund Transfer dan penggunaan CDM ke akaun ini TIDAK DIBENARKAN.
-No rujukan slip bank (8 digit) tu kena masukkan dalam sistem e-daftar sebagai bukti bayaran.

2. Melalui JomPAY dari mana mana bank di Malaysia yang ada perkhidmatan ni. 

-Pilih modul Bill Payment
-Pilih akaun samada akaun saving atau akaun kad kredit anda.
-Biller Code: 8441
-Ref 1: (Masukkan no matrik anda)
-Ref 2: (Masukkan no KP anda)
-Teruskan ke next step.
-No rujukan transaksi yang berjaya (8 digit) tu masukkan dalam sistem e-daftar sebagai bukti bayaran

3. Melalui internet Banking CIMB Clicks bagi pemegang akaun CIMB samada milik sendiri atau pun ahli keluarga yang membuat bayaran.
-Pilih Modul Pay
-Bills
-Biller Name: UPM
-pilih 'Universiti Putra Malaysia (UPM) - Kampus Serdang'
-Teruskan ke proses selanjutnya
-No rujukan transaksi yang berjaya (8 digit) tu masukkan ke dalam sistem e-daftar sebagai bukti bayaran.

3. Elaun macam mana ? Apa syarat-syarat untuk dapat elaun ?

Elaun dekat asasi ni kita dapat dari Kementerian Pelajaran. Jangan risau pasal ni, nanti dah daftar tu ada staf asasi akan handle bab ni which is cemana nak mohon , salinan-salinan yang diperlukan so semua tayah risau. Yang pasti syarat utamanya, elaun ni untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM10000. Tapi ada ja yang pendapatan keluarga atas dari nilai tu dapat so nanti korang mohon ja , kalau rezeki insyaallah dapat. Kalau tak dapat, cuba buat rayuan kedua. Nanti korang prepare jelah slip pendapatan keluarga, salinan ic mak ayah siap siap.

Untuk semester pertama elaun adalah sebanyak RM1900 dan semester kedua pula tak sure hahahha maaf. semester kedua akan dapat sikit dari sem 1 sebab dah tolak yuran siap siap so maksudnya siapa yang dapat elaun tu tayah bayar yuran sem 2. Elaun masuk melalui bank so make sure sebelum daftar asasi tu dah ada akaun bank CIMB sendiri. Sem 1 tu elaun masuk hujung hujung sem tau. Sem 2 ja elaun masuk awal sem. Jangan boros sangat dengan duit elaun tu nanti menyesal macam aku sekejap ja habis.

4. Pengangkutan dekat UPM ni macam mana ?

Pasal pengangkutan ni jangan risau. Sebab apa ? Sebab UPM ni ada bas free (actually yuran bas dah termasuk dalam yuran asasi) bas bergerak setiap 15 minit cuma kalau ramai orang pandai pandailah hidup nak berebut ke apa ke. Time rebut bas lah kita akan nampak skill insan -insan lain bermain ragbi. Alah lek ja setakat ni belum ada yang mati berebut bas. Kalau tanak naik bas, kawasan UPM ni ada banyak Grab, Mycar dan banyak lagi aplikasi lain yang boleh guna. Grab , Mycar apa suma ni macam teksi lah cuma kita pakai apliklasi dekat phone untuk book. Harga pula tak adalah mencekik darah, biasa ja. Dari kolej ke pusat asasi RM5 selalunya. p's: jangan lyupa install GRAB atau MYCAR dekat phone ! Lagi satu alternatif lain nak ke pusat asasi adalah jalan kaki. selalunya 15-20 minit juga kalau jalan. Lecah ketiak baq hang :'( Nasihat aku , dekat UPM ni bawalah payung tak kira laki perempuan, sebab selalu gak hujan dan panas. And payung sangat penting waktu nak berjalan ke ladang. ha ada lagi satu alternatif lain iaitu naik basikal . Ada ja student lain yang naik basikal pergi class. Student asasi memang tak dibenarkan bawa kenderaan lain kecuali basikal. Tapi kan, kalau nak bawak tu pandai-pandailah sebab ada ja yang naik motor dan drive dalam kolej. Apa-apa jadi sendiri tangggunglah.

5. Penginapan macam mana ?

Untuk batch yang sebelum ni ada yang duduk dekat Kolej ketigabelas (K13), Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), Kolej Tun Perak (KTP) , Kolej Mohamad Rashid (KMR), KOSAS (Tak ingat nama penuh kosas). Majoriti akan duduk dekat K13 lah. K13 ni satu bilik 6 orang mengikut partition masing masing. Kpz satu bilik dua orang. KTP satu bilik 2 orang tapi ada ja yang satu bilik 4 orang tapi bilik yang 4 orang tu tak banyak. Design KTP dengan KPZ sebenarnya sama saja and kolejnya sebelah-sebelah. KMR satu bilik 4 orang , KOSAS tak sure satu bilik berapa orang sebab kosas ni macam jauh sikit. Untuk keluar masuk kolej pulak tak ada peraturan sangat pun tau , tapi main gate bukak pukul 6 pagi sampai pukul 12 malam. Kalau terlambat balik kolej boleh ja nak kawtim dengan guard tu, tak ada masalah pun cuma kena pandai-pandailah. Tapi aku pernah balik lambat sebab pergi midnight movie , grab taleh hantar sampai kolej so kena jalan kaki pukul 3 pagi. Takpun boleh ja ikut jalan tikus. kehkehhh . Dekat every kolej ada banyak kemudahan seperti air gedegang, air dr sukida, kiosk, surau dll.

6. Buku-buku nak belajar tu macam mana ?

Pasal buku jangan risau, akan ada lecturer akan lead korang macam mana nak beli apa suma. Selalunya buku buku ni order dekat lecturer masing masing. Tapi korang akan belajar guna lecture notes jugak. lecture notes tu boleh dapatkan dari lecturer and then print. Get ready duit jelah sebab bagi aku buku-buku sepanjang asasi quite expensive. Untuk biology kita akan pakai mader untuk sem 1 dan 2, harga mader RM110 kahkah. Untuk math, physic, chemisty buku sem 1 dan sem 2 adalah asing maknanya kita kena beli based on sem . harga each one aku tak ingat, around 15-40 sebuah buku. Ha, duit elaun tu tayahlah boros , utamakan yang mana lagi penting.

7. Ada aktiviti atau program apa-apa ke ?

Yessss ! mestilah ada, cuma tak wajib join. Batch kitorang pihak asasi dengan hicom (hicom ni jawatan kuasa tertinggi asasi , maknanya jawatan tu suma akan disandang antara asperians jugak) yang tentukan. So antara aktiviti yang kitorang , Karnival Asper (KASPER- antara game yang dipertandingkan volleyball, futsal, dodgeball, netball dll) , Sukan Asasi (SUKAS- ni sukan antara asasi universiti awam dekat Malaysia ni, antara game yang dipertandingkan ragbi, futsal, bola sepak, bola keranjang, dll), Sukan Rakyat (SUKRA ni sukan rakyat antara pelajar dan staf asasi game game yang dipertandingkan bertemakan permainan tradisional macam baling selipar, selipar gergasi, anyam ketupat , perarakan kampung, galah panjang dll), Apple Day, National Day, Dinner Asper dll. So semua program-program ni akan menguatkan bonding antara Asperians. Rugi tak join sebab pengalaman tu takkan boleh dapat dekat tempat lain tau.

8. Untuk subject pertanian tu akan belajar apa ?

Agriculture ? Okay untuk semester pertama akan ada dua jenis kuliah untuk subjek pertanian which is kuliah dalam class macam biasa and amali ladang. Dua-dua best tapi kuliah macam biasa tu ZzZ. and amali ladang pulak best gila ! Jangan risau dan panik bila dengar pertanian , HAHAHA you guys akan experience things yang orang lain mungkin tak akan dapat, dapat tengok lembu, minum susu lembu, buat yogurt, masuk ladang tanam sayur, weeding, bersihkan ladang kelapa sawit, masuk kandang kuda and banyak lagi benda best. enjoy ja jangan risau ! So amali ladang ni every week ada. Setiap minggu korang akan pergi ke ladang lain-lain. Yang mana dekat tu memang kita kena jalan kakilah , yang mana jauh tu jangan risau sebab akan disediakan bas. Topi besar pergi ladang jangan lupa kalau nak jaga kulit tapi boleh ja nak guna payung.

untuk semester kedua pula kita akan belajar more to business , how to handle business, business plan segalanyalah tentang business , and kita tak akan turun ladang macam sem 1 dah. Cuma yang best, kita akan dapat peluang untuk meniaga dekat pasar tani. Depends lah kuliah dapat pasar tani mana , macam kuliah aku, kami dapat pasar tani dekat Shah Alam. Merata pasar tani area selangor pergi. Peluang tu sekali jelah.

nanti untuk dua dua sem akan ada assignment berkumpulan kena submit. Nasihat aku , pilih group member yang ngam dan function so senang nak buat kerja.

9. Hari daftar tu nak pakai apa ? nak bawak apa ?

Hari daftar tu , Lelaki pakai kemeja dan seluar slack, Perempuan pakai baju kurung jelah , nampaklah ayu sikit. Senang cerita pakaian formal sahaja dibenarkan semasa orientasi asasi, tapi orientasi kolej tayah pakai pakaian formal pun. Nak bawak apa tu depends dekat korang lah. nasihat aku, jangan bawak banyak sangat barang macam nak pindah rumah nanti habis semester menyesal kang . Bawak borang borang yang diperlukan , baju baju, toileteries, tuala, cadar, pinggan mangkuk sudu garfu, iron , heater (iron dgn heater ni nak pinjam member pun boleh, nanti ada ja member bawak so jangan risau), stok makanan jangan lupa , Kipas (kipas ni kalau duduk ktp, kpz tak payah bawak pun sebab kipas dekat bilik sejuk ja, untuk k13 elok bawak kipas sebab bilik panas and tak rasa kipas pun) bantal jangan lupa bawak sebab memang tak disediakan, bawak barang-barang keperluan harian ja.

10. Orientasi macam mana ?

Orientasi ada dua jenis tau, iaitu orientasi asasi dan orientasi kolej. Orientasi kolej kebiasaannya sekejap ja 2 ke 3 hari ntah. orientasi kolej jelah depends on kolej, kalau dia nak buat seminggu, terpaksalah kita turun orientasi kolej even time tu kita dah start kuliah, pagi pergi kuliah, malam pergi orientasi.

11. Dekat UPM ni nak riadah dekat mana ? 

Tempat paling famous untuk beriadah dekat UPM ni kami panggil Bukit Ekspo. Okay boleh google gambar bukit ekspo. Dekat situ ada tempat untuk picnic, trek jogging , kolam (boleh bawak roti gi kitpo bagi makan ikan) Bukit ekspo ni dekat je dengan kolej penginapan , jalan kaki ja sampai. Nanti bolejlah lepak bukit ekspo nak release stress, main badminton ke apa ke , tampat dia besar jugak and cantik. Lupa pulak nak mention, bukit ekspo ni depan K13 tau and dekat situ ada dusun durian . Kalau ada rezeki tetiba durian luruh depan mata tu syukur alhamdulillahlah. Setakat ni aku tak merasa lagi durian kitpo tu kawan aku kata padu gila. Rezeki dialah dapat rasa.

12. Makanan pula macam mana ? Murah tak ? Senang tak nak cari ?

Pasal makanan , semua jangan risau . Kita tak akan kebulur tak makan kalau duduk dekat UPM ni. Sediakan duit jelah. Kalau dekat Pusat Asasi tu ada satu cafe yang glamour dengan nama panggilan Selera Kampung (sekam) , selain tu yang dekat dengan pusat asasi ada satu tempat makan dekat fakulti economi (Sini aku panggil asam pedas , entahlah kenapa nama dia asam pedas , senior yang panggil macam tu , tak perasan pulak kat situ ada orang jual asam pedas).
Dekat kolej pulak jangan risau , KTP dgn KPZ dekat dengan Putra Food Court (PFC) , untuk K13 KMR KOSAS ada cafe sendiri dekat dekat.

Harga makanan standardlah, kalau macam nasi goreng kampung apa suma tu RM5, Tomyam dengan nasi putih RM5 . Kalau nasi dengan lauk ayam tu boleh dapat RM4. 

Kalau bosan makan dala UPM, dekat sri serdang ada satu medan selera yang kami panggil Padang. situ makanan sedap sedap jugak dan murah. KFC, MCD, PIZZA, SR pun ada dekat sri Serdang(SS)

13. Laptop, Printer perlu tak ?

Bagi aku , semester 1 tak guna sangat laptop. Tapi kalau ada kerja nak kena submit atau nak kena buat slide untuk presentation tu boleh ja kalau nak pinjam kawan sebab tak adalah banyak sangat nak guna. Aku dulu pun sem 2 baru guna laptop sendiri. Masa semester 2, laptop tu penting jugak masa hujung hujung sem tu nak submit itulah inilah. Kalau ada laptop tu bawa jelah kalau tak ada tu semester 2 tu baru pertimbangkan. Untuk printer pulak, kalau bernasib baik, dekat blok kolej ada orang yang buat service printing. takpun boleh je nak print dekat fakulti ekonomi sebelah libary tu (fakulti economy dengan library memang dekat sangat dengan pusat asasi, jalan kaki ja ), takpun pergi printer/ photostat dekat flat ikan (flat ikan ni famous dengan printing murah , jalan kaki ja pergi flat ikan, tak jauh pun). Tapi kalau memang ada printer dekat rumah tu bawak jela, nanti apa-apa senang.


14. Kem Syoknya Agro tu apa pulak ?

Kem Syoknya Agro ni adalah wajib untuk setiap warga Asper ! No excuse . Mula mula ja rasa seram kem syoknya agro ni, tak ada phone untuk 3 hari, main lumpur, masuk hutan . Nanti dah habis kem mesti rasa rindu pastu tak boleh move on dengan Kem Syoknya Agro. Trust me, kem ni sumpah best ! dia tak macam kem kem waktu zaman sekolah yang stress nakmammmm. Korang lek ja, nanti mesti tak boleh nak move on. Wanna write detail about this tapi nanti panjang pulak. Tempat dia depends on pusat asasi lah , batch kami pergi sungai udang, Melaka.

15 Pemakaian pergi kuliah kena formal ke ?

Okay untuk pemakaian , aku tengok asperians memang hispter teruk lah. Pemakaian sebenarnya bebas, tapi yang muslim tu eloknya pakai pakaian yang menutup aurat lah. Tak semestinya pakai baju kurung dengan kemeja nak pergi kuliah. boleh pakai blouse or tshirt juga. Senang kata bebas tak macam matrik dengan sekolah. Tapi jadi kebiasaan untuk asperians pakai jubah dengan baju melayu pada hari jumaat. Kasut tu make sure kasut yang bertutup kalau korang ada lab haritu. boleh je nak pakai sandal , cuma hari yang ada lab WAJIB pakai kasut bertutup. aku pernah tau kena halau keluar lab dengan akak lab chemistry sebab pakai sandal. okay diingatkan sekali lagi , jangan lupa kasut bertutup dengan lab coat (lab coat RM65 rasanya , nanti pihak asasi akan open order untuk penjualan lab coat , WAJIB bawak lab coat waktu ada lab)

16. Ada Koko ke ? kena kumpul merit ke alamakkk !?

Haluuuuu, asasi dekat UPM ni tak perlu join aktiviti koko macam matrik dengan asasi dekat u lain okayyyy ! Serius ni, tak kena join pun. Nanti dah masuk degree baru diwajibkan join. So , waktu asasi ni kita lek lek ja dulu nahh. OKay next pasal merit. Apa merit ni ? merit ni macam ganjaran untuk kita kalau join apa apa aktiviti kolej lah. Tapi yang bestnya asasi UPM ni tak payah kumpul merit pun tau . Sumpah tak payah. Selalunya yang kumpul merit ni student degree, mereka ni kena kumpul merit sebab nak pastikan mereka ada tempat untuk duduk kolej pada tahun beritkutnya. Student degree siap ada buku merit lagi. Kalau merit sikit, tak bolehlah mereka nak duduk kolej and terpaksa sewa rumah luar. Masa asasi ni kita tak payah risau lagi pasal merit tu, sebab nanti first year degree kita memang diwajibkan duduk kolej macam asasi.

17. Dalam UPM ni kalau nak pergi solat jumaat kat masjid macam mana ?

Jangan risau, bas dalam UPM ni banyak and akan lalu masjid. Kawan-kawan asper 13 aku habis kelas pukul 12 tu terus direct pergi masjid daripada kompeks akademik e (KAE , ni tempat belajar kita) Bila orang tanya kenapa pergi masjid awal-awal , depa jawab sebab nak makan nasi lemak free. Memang every week solat jumaat akan ada nasi lemak free dekat masjid. Masa bulan ramadhan pulak setiap kali iftar dekat masjid, akan ada makanan free makan dalam talam. So nasihat aku asper 14 , pergilah cuba makan dekat masjid UPM, seronok makan ramai ramai dengan kawan. Pengalaman yang paling aku takkan lupakanlah !

18. Ada washing machine tak ?

Ha untuk K13, memang ada . Kalau tak silap aku sekali guna RM4. KPZ dengan KTP pun ada dekat setiap blok, sekali guna RM3, Kolej lain aku tak sure. Tapi washing machine sahaja ja kawan-kawan, dryer tak ada. Tapi jangan risau, dekat sri serdang ada banyak dobi tau . Nak pergi Sri Serdang tu boleh naik grab atau mycar normal RM6-8 sekali jalan. Nak jimat ajaklah kawan kawan book satu kereta then share-share duit tambang tu.



Rasanya setakat ni dulu, aku dah muak taip lama-lama ni , so kalau ada apa-apa tambahan, insyaallah aku akan update soon. Ni semua based on pengalaman aku dengan kawan kawan asasi aku , kalau ada pembaharuan untuk next batch tu maaf lah yaa, jangan risauuuuu sebab nanti akan ada fasi-fasi yang awesome lead korang time orientasi. Harap dapat membantu. Bye !




Old things